leuz

Cekalkan hati...belajar dan terus belajar

MYX:AT   AT SYSTEMATIZATION BHD
Salam semua...maaf lama tak update...aku sedang merehatkan mental setelah bersiri kerugian yang dialami...Namun aku tak segan untuk menyatakan yang aku juga pernah rugi! Rugi dan untung adalah salah satu cara kita belajar dari pengalaman. Dan aku juga terus belajar dan terus untuk memantapkan teknik yang aku sendiri belum lagi kuasai sepenuhnya. Jadi aku kongsikan la sedikit tips malam ni ye..Memandangkan korang2 pun nak sama belajar jugak..so aku kongsikan je ape yang aku tau ye. Dan please terapkan dalam kepala tu bahawasa nya tidak ada mana2 tips pun yang terbukti berkesan melainkan orang tu guna cara yang betul dan baca dengan betul.

So untuk newbie dieluarsana yang macam aku. Korang boleh mantapkan cara korang buat analisa ni dengan indicator yang aku berikan ye.

First sekali susun indicator korang ikut susunan seperti berikut:
Selepas dari carta harga:
1. DMI indicator
2. Stoch RSI
3. RSI
4. MACD

ni je 4 indicator yang aku susun untuk aku baca chart. Tujuan susunan ini aku dah study supaya dapat entry yang betul kenapa?

1. DMI
Dengan DMI korang dah tau korang patut masuk kaunter tu ataupun tidak ye...korang boleh study sendiri cara guna DMI. Kat DMI ni...pastikan dulu ADX line tu atas line 25% (atau 20% ikut tekak korang) yang memberi makna kaunter keaktifan yang tinggi. Lepas ADX atas 25% korang kena pastikan yang garid +DI berada diatas -DI yang bermaksud kaunter tu tengah updtrend. Dapat permulaan persilangan lagi terbaik ( +Di bersilang naik keatas -DI). JIKA ADX atas 25% dan -DI berada atas +DI itu bermakna korang kene tunggu die bersilang. Jangan gopoh. (Aku dah tandakan A) dekat A tu adalah EP (entry price) yang selesa. yang aku tandakan A1 tu kurang selesa dan korang kena hati2? kenapa? sebab dia adalah no. 2.

2. Stoch RSI
Bila korang berpuas hati dengan DMI tu korang kene tunggu point SRSI yang paling dekat dengan ruangan oversold. Ini keadaan yang selamat untuk masuk iaitu A1. B1 adalah harga berada di ruang overbought. So ruang untuk die naik lagi tinggi dah tiada. Paham kan? so kena hati2 disini...masih boleh untung tapi risiko die tinggi sket.

3. RSI
Bila DMI dan SRSI dah mantap...RSI pun akan menunjukkan momentum harga menaik..Jangan lupa juga pastikan garis RSI tu berada diatas garis 50%...tengok dekat point C1 dan C2..RSI terus menjunam nak masuk keruangan downtrend dalam RSI disokong plak dengan point A2 (-DI dah bersilang atas +DI) dan B2 (harga dah masuk ruang oversold)

4. MACD
Ini indicator yang aku takle explain dalam chat tv ni sebab aku punye masih akaun free ye heheh..korang kene guna dalam klscreener..byk indicator boleh masuk. Tapi sebelum tu pastikan korang tukar setting tv ni dan tutup 'extended day intraday) barulah korang boleh dapat chart dan analisis yang sama dengan klscreener. MACD plak korang kene pastikan yang garis biru akan bersilang atas merah dan bar die akan menaik. Kalau tengok dekat point B MACD die menunjukkan die akan menaik dan tiada tanda die akan menurun) manakala dekat point B1 die dah halfway menaik..anytime bole menguncup dan line merah akan berada di atas biru. (korang kene tengok kat klscreener ye).

Jadi aku menjangkakan harga akan terus turun disebabkan tanda2 diatas dan mungkin sampai ke garis support 0.175 atau lebih teruk lagi 0.15. masa ni korang kene mula balik proses diatas.

Ok itulah saje untuk malam nih...harap2 dapatla membantu korang untuk terus menganalisis. So jangan harapkan ulasan ini 100%..namun apa2 pun kite kene ikut trend..bukan trend ikut kite.

selamat mencuba!

#takkayatakpejanjihensem!

Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.