leuz

Indikasi Asas untuk Newbie!

Education
FTSEMYX:FBMKLCI   FTSE Bursa Malaysia KLCI Index
Salam semua, pada malam ini aku nak kongsikan indikasi2 asas yang korang kena tau sebagai newbie dalam saham ni. Otai2 pun secara amnya akan guna indikasi yang sama. Cara baca, guna dan pemahaman sahaja yang berbeza. So pada korang yang rajin2 nak study tu korang carilah cara baca indikasi2 dibawah ini iaitu:

1. Moving Average (Simple & Exponential)
2. Stochastic Oscillator.
3. Moving Average Convergence Divergence (MACD)
4. Bollinger Bands.
5. Relative Strength Index (RSI)
6. Fibonacci Retracement.
7. Ichimoku Cloud.
8. Standard Deviation.
9. Directional Movement Index (DMI+ADX)

Dekat google / youtube banyak sgt info2 indikasi yang korang boleh cari. Namun aku nasihat disamping mencari info2 untuk indikasi2 ini korang kena faham basic apa itu LONG TRADE dengan SHORT TRADE supaya korang tak konfius dengan penerangan omputeh2 tu. Aku bagitau sket yang LONG TRADE ini secara basic nye kita trade pakai cash sendiri dan kita trade menggunakan konsep "beli murah jual mahal" perbezaan transaksi itu adalah untung kita. Berbeza dengan SHORT TRADE yang mana kita trade pakai duit bank atau broker yang mana konsepnya ialah "jual dulu masa mahal,beli balik masa murah". Katakan kita jual saham syarikat A sebanyak 100 lot pada harga RM1..kita kena tunggu saham tu turun atau lebih murah untuk kite gantikan 100 lot yang sama pada harga yang lebih murah daripada RM1. Kita dapat gantikan 100 lot unit bank/broker yang kita "loan" tu dengan harga RM0.50 (contoh) Perbezaan ini bank/broker bayar kepada kita setelah tolak interest dan kos2 lain. So kena faham ye LONG/SHORT TRADE tu apa sebenarnya. JANGAN KELIRU!

#takkayatakpejanjihensem
Disclaimer

The information and publications are not meant to be, and do not constitute, financial, investment, trading, or other types of advice or recommendations supplied or endorsed by TradingView. Read more in the Terms of Use.